Ulama Syafi'i : Hukum cukur Jenggot (janggut) hingga botak

Ibnu Rif'ah berkata:

إِنَّ الشَّافِعِي قد نص في الأم على تحريم حلق اللحية
"Seungguhnya Imam Syafie telah menegaskan dalam kitabnya al-Umm, tentang haramnya menggondol (membotakkan) janggut. (Hasyiatul Abbadi ala Tuhfatil Muhtaj 9/376)

Abdurrahman bin 'Umar Ba 'Alawi berkata :

نص الشافعي رضي الله عنه على تحريم حلق اللحية ونتفها
"Imam Syafe r.a telah menyatakan akan haramnya mencukur botak janggut dan mencabut janggut. (Bugyatul Mustarsyidin ms. 20)

Hukum cukur Jenggot hingga botak

Imam al-Ghazzali berkata :

وأما نتفها في أول النبات تشبها بالمرد فمن المنكرات الكبار فإن اللحية زينة الرجال
"Adapun mencabut janggut di awal munculnya (pertumbuhannya) agar menyerupai orang yang tidak mempunyai janggut, maka ini termasuk kemungkaran yang besar, kerana janggut adalah penghias bagi lelaki." (Ihya’ Ulumiddin 1/280)

Ahmad Zainuddin al-Malibari Al-Fannani berkata :

وَيَحْرُمُ حلقُ لِحْيَةٍ
"Dan diharamkan menggondol janggut." (Fathul Mu'in Bi Syarh Qurratil 'Ain Bi Muhimmatid Din, ms. 305)

Tidak ada komentar: