Perjalanan Hidayah Islam Profesor Kamal Okuda Ilmuwan Jepang

Profesor Kamal Okuda


Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda, Profesor bidang Politik di Universiti Keio merupakan ilmuwan Muslim Jepun dan pensyarah pakar di beberapa universiti di Tokyo Jepun.

Dr Kamal Okuda telah lama berjuang mencari kebenaran dan agama yang haq, sampai akhirnya beliau memutuskan untuk memeluk agama Islam. Beliau menjelaskan hidupnya sebelum memeluk Islam:

“Sebelum memeluk Islam hidup saya adalah liar.. Sangat liar! Jahil.. saya buta akan kebenaran!”

Dr. Okuda adalah contoh yang sangat baik bagi umat Islam di Jepun. Beliau berminat dengan undang-undang Islam, dia berpindah ke Aleppo-Syria untuk melanjutkan pembelajaran dan belajar bahasa Arab. Beliau mengatakan: “Pada saat saya masuk Islam… Saya percaya bahawa ini adalah hadiah terbesar dari Allah dalam hidup saya!”.

Ketika ini, Dr Okuda bekerja keras dengan rakan-rakannya dan para mahasiswa di Jepun untuk menyebarkan Islam di Jepun bagi menyelamatkan bangsa mereka. Semoga Allah memberi mereka keberkahan dan kelancaran dalam dakwahnya. Amiin.

Alih bahasa dari: muslimterkini.com

Tidak ada komentar: