KOTA BHARU – Lebih 70,000 pengunjung membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV untuk mengikut secara dekat perkongsian ilmu oleh pendakwah antarabangsa tersohor, Dr Zakir Naik, di sini malam ini.
Dr Zakir tiba dengan kenderaan pacuan empat roda disambut kepimpinan kerajaan Kelantan dan dif-dif kehormat.
Laungan Allahuakhbar bergema di dalam stadium setelah pendakwah tersebut melambai tangan ke arah hadirian yang membanjiri padang stadium tersebut seawal jam 6 petang.
Program hari terakhir Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik 2019 ini dimulakan dengan solat hajat menuntut mempercepatkan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan yang diimamkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.
Sebelum pidato daripada Dr Zakir, hadirin dihidangkan dengan perkongsian daripada anak beliau, Fariq Zakir yang menyentuh mengenai keindahan Islam dan ketentuan ALLAH adalah yang terbaik berbanding perancangan manusia.
Manakala Dr Zakir Naik yang memulakan pidatonya pada jam 11 malam banyak menyentuh mengenai ‘bangunkan’ Muslim supaya sedar dari apa dilakukan untuk tidak terus lalai.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dalam ucapannya berkata, majlis seumpama ini meninggalkan satu sejarah yang mendalam kepada Kelantan.
Katanya, rakyat Kelantan bertuah kerana sering kali dilawati pemimpin Islam dunia.
Malah beliau berkata, apa sahaja pendekatan digunakan Dr Zakir Naik untuk menyampaikan ilmunya adalah untuk menegakkan kebenaran dalam Islam.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan saya juga tahu rakyat Kelantan adalah mereka yang sangat prihatin terhadap program ilmu sebegini, Alhamdulilah,” katanya.
sumber cempedakcheese.com
Tidak ada komentar: