Mengenal syeikh Albani rahimahullah, ahli hadist abad ini

Shaikh Al-Albani, tidak asing dalam lapangan pengajian Islam, terutama dalam bidang hadith.

Ketelitian beliau dalam penilaian hadith dikagumi, bahkan menjadi standard rujukan ulama hadith hari ini.

Semua Universitas Dalam Bidang Hadis SELURUH DUNIA Diberi Latihan Untuk Mentashih Hadis Bertaqlid Kepada Al AlBani.

Namun beliau dihina pekerjaannya sebagai tukang jam oleh Ahli Bid'ah.

Berdosakah Kerja Sebagai Tukang Jam?

Haramkah?

Kenapa beliau jadi tukang jam?

Sebab itu adalah sumber pendapatan beliau dan beliau bukan penjual agama. tidak tahukah kalian bahwa pekerjaan Rasulullahﷺ dulu hanyalah mengembala kambing!

Bahkan Ibnu Abbas meriwayatkan Nabi Daud bekerja sebagai tukang besi, Nabi Adam sebagai petani, Nabi Nuh sebagai tukang kayu dan Nabi Idris Sebagai tukang jahit.

Apakah dengan pekerjaan2 ini mengurangkan darjat kenabian mereka?

Wallahi pekerjaan sebagai tukang jam itu sangatlah mulia lagi halal, berbanding pekerjaan para habib sufi yang mengaut keuntungan beribu rupiah melalui konser dan penjualan album shalawat rekaman (qasidah) mereka.

Ia juga jauh lebih mulia lagi halal berbanding para Tukang yasinan dan tahlil arwah yang mengambi upah daripada keluarga si mati yang ditimpa musibah kemiskinan dan kehilangan orang tersayang.

Ia juga jauh lebih mulia lagi halal daripada pekerjaan para agamawan yang menerima bayaran daripada ceramah yang mengandungi hadis palsu dan riwayat dusta.

Lebih baik jadi tukang jam mendapat rezeki yang halal, jujur dan amanah daripada memperdagangkan agama mencari rezeki secara bathil.

Semoga Allah ta’ala. merahmati beliau atas jasa sumbangan yang cukup besar.

Tidak ada komentar: