Inilah 3 suasana Rumah di Akhir Zaman ? yuk kita berubah

Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah2 di seluruh dunia:

1) Suasana Pawagam

TV dan Audio yang besar2.. karaoke2.. video2 games. Anak2 dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV...menangis bila tengok drama2... ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak2 terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas2.

2) Suasana Hotel

Rumah yang dihias mewah2 seperti Hotel, berhawa dingin...setiap tahun tukar sofa baharu.. tilam2 mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.

3) Suasana Restoran

Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran...mewah...setiap saat dalam kekenyangan....fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan....aiskrim...dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak).
suasana Rumah di Akhir Zaman

Kita perlu berubah kepada Kefahaman Agama agar suasana rumah berubah.

Suasana rumah seperti rumah Baginda shallallahu alahi wasallam dan Sahabat2 di Madinah tidak wujud lagi.. iaitu Suasana Rumah seperti Madrasah.

Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan Hadis di rumah.

Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah.

Hidupkan suasana zikir dan solat2 sunat di rumah..

Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis.. ALLAH turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah ... keluarga hidup bahagia.

Lahirkan anak2 alim-alimah, Hafiz-Hafizah dan Daie- Daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.

Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah2 kita. Hari ini anak2 kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam2 lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. Belajar tak pandai2.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak2 gelap sebab tak dengar Hadis.

Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah2 kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca Hadis2 Nabi shallallahu alahi wasallam dan baca kisah2 para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak2 kita mengenali kehidupan sahabat2 Nabi shallallahu alahi wasallam, insan2 yang telah berjaya.

Barulah ahli keluarga hidup secara sederhana dan tidak berhajat kepada mewah2 sehingga kadangkala melebihi kemampuan bapa dan suami.

Semoga kita semua berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti Madrasah di rumah kita In sya Allah..

Credit dan Suntingan tulisan Ustaz Khann Da'ie Khann Rasmi
Hayyu Asyir Nasr City. Bumi Kaherah.

Wallahu a'lam.
dibutuhkan donasi perpanjang sewa domain, salurkan ke 3343-01-023572-53-6 (rek bri simpedes) atas nama Atri Yuanda. konfirmasi via whatsapp ke 085362377198. donasi masuk masih nol. semoga menjadi amal jariah

1 orang mendapat hidayah lebih baik dari pada dunia dan isinya, yuk share
kunjungan anda kembali = penyemangat untuk update artikel selalu

Inilah 3 suasana Rumah di Akhir Zaman ? yuk kita berubah

-->